30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 17, 2026

Aplikasi Teknik Pengimejan pada Gambar Sebenar Anak Bulan

STATISTIK DAN MASYARAKAT 

Aplikasi Teknik Pengimejan pada Gambar Sebenar Anak Bulan

 

Teknik Histogram Equalization seterusnya diuji dengan mengguknakan 3 gambar berikut: Ketiga-tiga imej ini menggambarkan keadaan sebenar imej anak semasa proses cerap dijalankan. Walau bagaimanapun, hanya imej A dan B yang dapat mengesan keterlihatan anak bulan manakala imej C tidak melihat anak bulan pada mulanya. Ini kerana, kami ingin menguji algoritma kami kepada senario sebenar aktiviti melihat bulan. Ini bermakna, keterlihatan anak bulan tidak akan tercipta jika tidak ia hadir.

Imej A Imej B Imej C

 

Imej A diwakilkan oleh imej anak bulan yang samar kelihatan dibahagian tengah imej

Imej B menunjukkan imej anak bulan yang kelihatan jelas di bahagian tegah, diliputi oleh keadaan langit yang cerah dan berawan

Imej C menunjukkan imej anak bulan yang tidak kelihatan. Imej dipenuhi dengan lapisan awan sahaja.

Hasilnya:

Imej A Imej B Imej C

 

Berikut merupakan hasil pengimejan daripada imej asal. Bagi Imej A kemunculan anak dapat kelihatan samar di bahagian tengah. Ini dapat memastikan keberadaan hilal yang dulunya samar, menjadi lebih jelas selepas di proseskan. Namun kelihatan sedikit noise di bahagian keliling imej membentuk bulatan lens. Bagi Imej B, selepas diproses gambar kelihatan jelas diwakilkan oleh tiga objek: iaitu langit yang cerah, sekumpulan awan dan anak bulan. Bagi Imej C, kumpulan awan dapat diperjelaskan melalui proses pengimejan. Kemunculan anak bulan masih tidak dapat dibuktikan dalam proses pengimejan imej ini. Ini membuktikan bahawa proses ini tidak akan mengubah keadaan asal imej, selain memperjelaskan situasi sebenar imej.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles