STATISTIK DAN MASYARAKAT
Aplikasi Statistik Dalam Pengimejan Anak Bulan
Pengenalan ringkas bagi istilah imej digital dalam pengimejan. Imej digital adalah satu pewakilan imej sebenar menggunakan satu set nombor yang boleh disimpan dan digunakan oleh komputer digital. Ia adalah sejenis pemprosesan isyarat di mana input adalah imej dan output mungkin imej atau maklumat yang berkaitan dengan imej itu. Untuk tujuan tersebut, imej sebenar akan disimpan kepada ruang kecil dipanggil “piksel”. Setiap piksel menggambarkan situasi sebenar imej setelah proses pengimejan dijalankan. Untuk setiap piksel, alat pengimejan merekodkan satu/banyak nombor yang menerangkan ciri piksel ; kecerahan dan warna. Nombor-nombor ini akan disusun dalam satu susunan baris dan lajur yang merujuk kepada kedudukan menegak dan mendatar piksel imej.

Bagi nilai intensiti kecerahan piksel, format piksel biasanya disimpan sebagai integer 8-bit yang memberikan pelbagai nilai kemungkinan dari 0 hingga 255 (Rajah 2). Dimana, nilai sifar diambil untuk menjadi warna hitam, dan 255 diambil untuk menjadi putih. Nilai di antaranya membuat warna kelabu yang berlainan seperti rujukan gambar di bawah.

Imej digital biasanya disimpan di dalam bentuk matriks. Nilai-nilai itu dipanggil nilai keamatan piksel yang dilambangkan oleh L. Sebagai contoh, bilangan piksel bagi gambar rajah 3 dibawah adalah: Gambar disebelah kiri merupakan imej anak bulan yang diambil pada 29 Syawal 1438, 7:56 malam. Kesuluruhan gambar kelihatan gelap kerana kurang mendapat pencahayaan daripada pantulan matahari. Apabila di zum, kelihatan piksel yang mewakili anak bulan diwakili oleh nilai piksel yang lebih terang berbanding suasana dibelakang. Ini dapat mudah membezakan kumpulan piksel bagi keadaan langit, anak bulan dan awan.

Seterusnya, Rajah 4 diwakili oleh imej anak bulan yang diambil pada tarikh yang sama iaitu pada 29 Syawal 1438, 7:24 malam. Gambar menunjukkan pemandangan langit yang jelas, tanpa gangguan sebarang awan. Namun, kemunculan anak bulan dapat kelihatan samar di bahagian tengah imej (seperti dalam bulatan). Di sini, nilai kontras imej adalah sangat rendah, menyukarkan untuk melihat kewujudan anak bulan (hilal)

