Lengkung anak bulan yang dicerap pada 29 haribulan Hijri boleh berubah sepanjang tahun bergantung kepada kedudukan azimut bulan dan matahari ketika matahari terbenam. Terdapat tiga jenis lengkung asas anak bulan yang boleh terbentuk ketika matahari terbenam yang boleh dijadikan panduan ketika mencerap anak bulan iaitu
- Anak bulan berbentuk huruf ba tanpa titik dimana kedudukan matahari di bawah bulan. Azimut bulan dan matahari adalah sama atau hampir sama.
- Huruf ra iaitu kedudukan matahari di sebelah kanan bulan. Azimut bulan lebih kecil dari azimut matahari.
- Huruf ra terbalik iaitu kedudukan matahari di sebelah kiri bulan. Azimut bulan lebih besar dari azimut matahari.

